Umat Islam hari ini tanpa disedari ataupun tidak, banyak terlibat dalam melakukan dosa, sama ada besar ataupun kecil, sengaja ataupun tidak sengaja, sedar ataupun tidak, tetapi mereka tetap melakukannya, antara dosa atau kesalahan yang dilakukan ialah tidak menyampaikan apa-apa yang mereka tahu kepada mereka yang tidak tahu atau yang kurang arif mengenai Islam.
Sebagai contoh, kadang-kadang kita melihat ada seorang muslim yang melakukan solat fardu di kawasan Rehat dan Rawat (R&R), masjid atau surau dalam keadaan cara pelaksanaan solatnya tidak mengikut peraturan kaedah solat yang diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dengan betul lagi tepat, tetapi bagi kita yang melihat, tidak sanggup untuk menegur, tidak menegur kerana takut, atau tidak ada ilmu, atau kerana malas, apapun tindakan kita itu menyebabkan orang yang salah dalam beribadat akan terus merasakan bahawa ibadat solatnya itu betul dan tepat, kerana ia salah sudah tentu ada muslim yang menegur.
Bayangkan jika 20 tahun dia melakukan solat sedemikian, iaitu solat yang tidak diterima Allah, maka dia dianggap serupa seperti orang yang tidak bersolat, maka orang yang tidak menunaikan solat akan ditempatkan dalam api neraka, apakah kita sanggup melihat ada di kalangan orang Islam yang bertahun-tahun melakukan ibadat-ibadat fardu selain solat dengan tidak diberi pahala dan seterusenya menjadi penghuni neraka.
Justeru, amal ibadat yang dikerjakan oleh seseorang muslim itu mesti disandarkan kepada ilmu dan kefahaman yang betul, kerana ia telah disebut dalam disiplin ilmu Usul Fiqh maksudnya : Semua amal ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu, jika ia tidak disandarkan kepada ilmu dan makrifat yang betul, maka sesungguhnya amal ibadatnya adalah tertolak (sia-sia tidak diterima Allah SWT).
Begitulah juga dalam persoalan ibadat-ibadat lain yang menitik-beratkan kepentingan dosa dan pahala, seperti membiarkan muslimat tidak memakai hijab (tudung kepala) atau menutup aurat dengan sempurna, kita sebenarnya berdosa dan mungkin sahaja dihitung dalam himpunan golongan orang-orang yang tidak ada iman di sisi Allah SWT, ia berdasarkan kepada sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : Sesiapa (di kalangan orang Islam) yang melihat sesuatu yang mungkar, maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan (kuasa yang ada), jika dia tidak mampu melakukannya dengan tangan, maka dia merubahnya dengan lidah, jika tidak mampu juga maka dengan hati (berdoa), itulah selemah-lemah iman.
Apa yang dapat kita fahami daripada keterangan hadis Nabi di atas, bagi yang merubah mungkar dengan berdoa dianggap sebagai golongan yang lemah imannya, apatah lagi kalu kita tidak menegur, mencegah atau merubah mungkar, sudah tentu ia boleh disifatkan sebagai golongan yang tidak ada iman dalam hati mereka, mahukah kita dilabelkan demikian oleh Allah nanti di akhirat, justeru itu, perhatikan tindakan ketika kita masih berpeluang untuk melakukannya.
Kewajipan menyampaikan informasi agama kepada ummah
Hal ini telah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. menerusi sebuah hadis Sohih riwayat Ibnu Omar r.a. daripada Rasulullah yang bermaksud : Sampaikan daripada aku walaupun satu ayat, tidak menapa kamu lakukan (ceritakan) riwayat daripada Bani Israel, dan sesiapa mendustai aku dengan sengaja, maka disediakan tempat baginya daripada api neraka. Hadis riwayat Imam al-Bukahri dan at-Tirmizi.
Jelas daripada keterangan hadis di atas, bahawa baginda Rasulullah s.a.w. mengarahkan umatnya agar sentiasa menjalankan kewajipan menyampaikan ajaran Islam sesama mereka tanpa perasaan prejudis, ia bertujuan untuk menyelamatkan saudara-saudara seagama daripada terus dirundung malang seperti tidak mampu untuk menguasai ilmu-ilmu agama yang semestinya mereka wajib pelajari.
Kita cuba sama-sama bertanya pada diri sendiri, mengapa masih tidak mampu untuk bercakap pada perkara atau urusan agama? Sedangkan kita sudah lama menjadi orang Islam, sedangkan pada masa yang sama saudara-saudara baru kita bersungguh-sungguh menarik orang lain kepada Islam, mereka mempersiapkan diri dengan informasi agama dalam pelbagai pendekatan, sedangkan kita yang sudah bergelar saudara lamapun masih di takuk lama, tidak mahu berubah, kita kata mahu masuk syurga, belajar pun tak mahu, menguasai ilmu agama pun tidak mahu, apatah lagi untuk menyampaikan maklumat Islam kepada orang lain, apakah kita rasa kita sudah berbakti kepada agama?.
Apa yang dapat kita saksikan menerusi program-program di kaca TV, ramai orang Islam petah bercakap mengenai filem, drama, hiburan, sukan tetapi pada masa sama idak berapa petah atau fasih tentang Islam, rasa janggal dan kekok untuk memperkatakannya, bila bercakap tidak mampu untuk berlapik dengan ayat-ayat al-Quran walaupun satu ayat daripadanya, begitu juga dengan hadis-hadis Nabi s.a.w. Sedangkan kita bukan sehari dua menganut Islam, sudah mencecah puluhan tahun dan diberi banyak peluang untuk menguasainya, tetapi tidak mahu melakukannya.
Nabi s.a.w. menyarankan kepada kita apa yang termampu kita sampaikan, kalau tahu satu informasi, sampaikanlah juga kepada orang lain agar mereka juga dapat diingatkan dengan keindahan Islam, kalau tahu dua sampaikan dua, begitulah seterusnya, apa yang menduka-citakan banyak pihak di kalangan orang awam, membiarkan maksiat terus berleluasa tanpa dicegah dan tidak juga menyuruh kepada perkara yang baik-baik yang dijanjikan dengan pahala yang besar daripada Allah SWT, akhirnya umat terus hanyut dalam lautan kegelapan dan merasakan tindakan yang mereka selama ini betul belaka.
Hadis di atas juga mengingatkan kepada kita bahawa tidak menjadi masalah dalam agama Islam jika kita menceritakan perkara-perkara jahat yang dicetuskan oleh orang-orang Yahudi yang sering merancang untuk melakukan kerosakan dalam alam maya ini, sama ada kerosakan dari sudut akhlak manusia atau dalam sistem ekonomi agar manusia tenggelam dalam kancah yang dihina oleh Allah SWT.
Bani Israel (Yahudi) merupakan makhlak perosak yang mencipta segenap perancangan jahat untuk memusnahkan bangsa manusia seluruhnya, perkara ini telah dibonkar oleh al-Quran yang menjadi pedoman umat Islam hingga hari kiamat, siapa yang berjaya menguasainya pasti akan selamat sebaliknya siapa yang mendustakannya pasti tidak akan selamat di akhirat.
Seperkara lagi yang diingatkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam hadis berkenaan, larangan kepada umat Islam dari melakukan tindakan berani dengan membohongi ajaran baginda, menedustai Nabi bermaksud, kita bercakap dan menyandarkan kata-kata itu kepada Rasulullah, sedangkan apa yang kita cakap tidak pernah dinyatakan oleh baginda, begitulah tindakan sebaliknya, menafikan sunnah baginda juga boleh dianggap sebagai tindakan membohongi baginda s.a.w. Akibatnya seseorang itu layak dimasukkan dalam api neraka dengan bangkunya yang disediakan daripada api neraka juga.
Wednesday, November 12, 2008
MENGAPA MASA UMAT HARI INI BERSAMA ALLAH TERLALU SINGKAT?
Allah SWT ada menegaskan dalam satu surah pendek tetapi penuh dengan perkara tersirat di dalamnya yang telah diketahui umum sebagai surah masa ataupun Wal Asr, ia perlu diteliti dan dirungkai secara bijak dan saksama, apa yang berlaku ia tidak dikaji dan difahami secara serius oleh umat Islam hari ini dengan lantaran begitu sibuk dengan kerjaya harian.
Maksud ayat-ayat tersebut : Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.
Menurut pepatah Arab : Masa itu bagaikan pedang, jika anda tidak memotongnya, maka ia akan memototongmu.
Jika dilihat dengan fikiran yang waras berhubung ayat di atas, kita akan dapati bahawa ramai di kalangan manusia terjerumus pada perkara yang merugikan mereka di dunia dan akhirat, rugi di dunia kerana tidak diisi masanya dengan menghayati al-Quran, hadis-hadis baginda Rasulullah s.a.w, mempelajari ilmu-ilmu fardu ain, berbuat kebajikan dan lain-lain.
Apabila perkara di atas tidak ada dalam kamus kehidupan orang Islam, maka sudah tentu mereka tidak mendapat pahala daripada Allah sekali gus tidak mendapat tempat di sisi Allah pada hari akhirat, malah kebarang-kalian tidak mendapat syafaat (recommendation) Nabi Muhammad s.a.w.
Ia juga menggambarkan, betapa umat hari ini tidak berapa pandai dalam mengurus perosalan masa, hingga ia berlalu begitu sahaja tanpa digunakan pada perkara-perkara yang boleh menguntungkan akhirat mereka.
Mengapa tidak? Umat hari ini, lebih tertumpu kepada golongan muslimun, lebih rela menghabiskan masa bukan pada perkara yang berfaedah, tetapi pada perkara-perkara yang sia-sia, bukan bermakna tidak ada langsung individu di kalangan mereka yang pandai mengatur dan mengurus masa dengan baik, malah ada yang lebih daripada itu.
Gambaran umat hari ini yang tidak memperuntukkan masa buat Allah
Sayang seribu kali sayang, apabila terdapat di kalangan umat Islam hari ini yang tidak ada masa dengan Allah, atau terlalu sedikit masa untuk-Nya, dan mungkin juga terdapat yang tidak terfikir langsung untuk bersama Allah dalam apa jua keadaan.
Itulah gambaran beberapa jenis umat Islam yang seolah-olah tiada hubungan dengan hari akhirat, hidup mereka serupa dengan mereka yang tidak beragama Islam, iaitu golongan yang tiada hubungan langsung dengan pahala, dosa, syurga, neraka, azab dan lain-lain.
Iaitu golongan yang terlalu sedikit masa mereka diperuntukkan buat Allah, kalau pun menunaikan solat, ia dikerjakan dengan begitu cepat, justeru mereka tidak suka solat berjemaah, kerana beranggapan imam membaca surah panjang, apa yang dapat disaksikan pada hari ini ramai yang suka bersolat secara sendirian, ia dapat dilihat di kawasan rehat dan rawat (R&R) dan lain-lain, semua amalan lebih kepada logik akal, bukan kerana kefahaman ilmu.
Hakikat yang berlaku pada hari ini, tempat-tempat hiburan seperti menyaksikan Akademi Fantasia, So do you think you can dance, Malaysian Idol, pesta anugerah filem yang pelbagai jenis saban tahun diadakan, pertandingan nyanyian RTM, menyaksikan pertandingan bolasepak akhir piala Malaysia, piala FA dan lain-lain, penuh dengan penonton yang memberi sokongan padu.
Tidakkah tindakan mereka itu memperlihatkan betapa masa yang berlalu itu disia-siakan tanpa sebarang faedah yang boleh membantu mereka menghadapi Allah di padang Mahsyar, lebih-lebih dengan bekalan yang kekal abadi yang memudahkan mereka memasuki syurga-Nya.
Cuba bayangkan, jika mereka yang pergi ke stadium untuk menyaksikan pertandingan akhir bolasepak yang boleh memuatkan 90,000 ribu penonton, kalau 10,000 sahaja yang sembahyang, bagaimana pula dengan baki jumlah 80,000 yang lain, ditambah pula kedudukan saiz surau yang tidak berapa besar, mereka yang ke stadium bukan bertolak dari rumah jam lapan malan jika pertandingan bermula 8.30 malam, sudah tentu mereka akan berangkat keluar lebih awal satu atau dua jam untuk memastikan keadaan lebih selesa.
Begitu juga yang menonton sesebuah rancangan hiburan, mereka juga akan keluar rumah lebih awal bagi memastikan dapat tempat duduk di hadapan sekali untuk melihat selebriti dari dekat, tetapi bagaimana dengan pelaksanaan solat mereka, yang pasti ramai yang meninggalkannya tanpa sebarang alasan yang boleh diterima Syara.
Golongan inilah yang ditegaskan oleh Nabi s.a.w dalam banyak hadisnya, antaranya sabda baginda : Perkara pertama yang akan ditanya Allah terhadap hamba-hambaNya pada hari akhirat ialah pelaksanaan solat, jika solat itu beres dilakukan, maka bereslah seluruh urusan hidupnya, tetapi sebaliknya jika solat itu tidak beres, maka tidak bereslah urusan hidupnya.
Sabdanya lagi : Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir yang terang dan nyata. Hadis sohih riwayat Imam Malik. Rasullah s.a.w bersabda : "Solat itu adalah tiang agama (Islam). Maka sesiapa yang mendirikan solat, dia telah menegakkan agama. Dan sesiapa yang meninggalkan solat, bererti dia telah meruntuhkan agama". Rasullah s.a.w bersabda : "Yang membezakan di antara orang Islam dan kafir ialah solat".
Ini menunjukkan bahawa ibadat solat tidak lagi jadi perkara penting dalam kehidupan orang Islam hari ini.
Bagi yang takutkan Allah dan sentiasa bersama-Nya khususnya ketika menunaikan ibadat solat, akan merasakan bahawa Allah sentiasa dekat di hatinya, rindu untuk bertemu-Nya, tidak cukup lima kali sehari semalam, malah ditambah dengan solat-solat malam hanya semata-mata untuk bermunajat kepada-Nya dengan segala ketundukan, khusyuk dan tawaduk.
Justeru, meninggalkan solat besar implikasi dan akibatnya, bukan sahaja di akhirat, malah di dunia lagi seseorang itu telah dilabel dengan kafir, meruntuhkan tiang-tiang agama Islam, iaitu menjadi makhluk perosak terhadap agamanya sendiri.
Golongan inilah yang apabila menghadiri majlis-majlis ilmu seperti tazkirah pada bulan Ramadan, punggungnya merasa panas, tidak dapat bertahan lama duduk di masjid atau surau, sedangkan majlis seumpama itu mahu mengingatkannya kepada Allah, untuk menilai semula amalan dan tindakan sepanjang hidup di dunia, yang bukan baru hidup lima atau enam tahun, tetapi sudah mencecah berpuluh-puluh tahun.
Inilah akibat mereka yang sepanjang hidup tidak memperuntukkan masa buat Allah, masa berlalu kebanyakannya pada perkara yang membawa kepada penentangan terhadap-Nya, tanpa membuat perhitungan dengan-Nya pada perkara yang halal dan haram, yang boleh membawa kepada syurga atau neraka, yang penting hidup perlu enjoy, golongan muda merasakan tidak akan jadi tua, dan yang tua pula merasakan tidak akan mati esok hari, begitulah lalainya manusia terhadap asal-usul kejadian mereka daripada tanah.

MENGAPA UMAT ISLAM DIUJI DENGAN PELBAGAI UJIAN?
Sifat utama Umat Islam seperti yang didedahkan oleh al-Quran ialah mengajak manusia sejagat untuk melakukan perkara-perkara yang baik (makruf) dan meninggalkan perkara-perkara haram yang ditegah oleh agama Islam, ia bertujuan tidak lain agar mereka menjadi umat yang berjaya di dunia dan akhirat, pendedahan ini pernah disebut menerusi surah Ali ‘Imran ayat 104 yang bermaksud : Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari perkara mungkar, mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Umat Islam adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan Allah ke muka bumi ini bagi mengajak manusia seluruhnya mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT dalam erti kata yang cukup luas maksud dan pengertiannya.
Diuji dengan pelbagai ujian untuk jadi kuat dan matang
Antara ujian yang disebut oleh al-Quran ke atas masusia ialah dengan menjadikan hidup dan mati itu sebagai ujian untuk mengetahui sejauh mana mereka benar-benar beriman kepada Allah (lihat ayat 2 surah al-Mulk dan ayt 2dan 3 surah al-Ankabut).
Umat Islam diuji dengan kefarduan solat lima waktu, puasa sebulan di bulan Ramadan, menunaikan fardu haji di Mekah, berakhlak mulia, bersangka baik, meninggalkan segala tegahan dan larangan Allah dan sebagainya, ia tidak lain adalah untuk menjadikan mereka Umat yang berkualiti tinggi dari sudut keimanan, ketakwaan dan hubungan dengan Allah selaku Pencipta.
Tanpa ujian, sudah pasti umat manusia seluruhnya tidak mengetahui sejauhmana keimanan mereka itu kepada Allah, sepertimana para pelajar di sesebuah sekolah, mereka mesti melalui proses pembelajaran yang diakhiri dengan peperiksaan penting, sama ada di peringkat UPSR, PMR atau SPM bagi menentukan tempat terbaik pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Ujian adalah untuk mengingatkan Umat tentang peranan dan tanggungjawab
1- Berlaku bermacam-macam fitnah terhadap agama (dilakukan sendiri oleh umat Islam),
2- Berlaku gempa bumi, rebut taufan, banjir kilat, tanah runtuh,
3- Kematian di mana-mana (sama ada kematian disebabkan kemalangan, bunuh diri, membunuh orang lain bagi menutup rasa malu dan lain-lain), umat ditimpa pelbagai bentuk bala daripada Allah.
Berdasarkan keterangan hadis Nabi Muhammad di atas, kita sepatutnya bersyukur kepada Allah kerana dikategorikan dalam golongan umat Nabi Muhammad yang banyak kelebihannya, kerana baginda sahajalah yang mampu memberi syafaat di akhirat dibandingkan dengan para Anbiya’ yang lain.
Namun apa yang patut kita sama-sama fikirkan ialah persoalan hidup kita semasa di dunia ini, pernahkah kita terfikir, bagaimana Nabi Muhammad mengkhabarkan mengenai raptai ujian atau siksaan di dunia ini atas kesilapan yang kita sendiri lakukan.
Atas kealpaan manusia bernama Islam, yang melakukan banyak tindakan yang menyalahi agama, hingga ia dianggap fitnah terhadap Islam itu sendiri, sebagai contoh, berapa ramai di kalangan wanita Islam yang tidak bertudung kepala (hijab) dianggapnya dosa kecil, ada yang berjudi, minum arak, merogol keturunan sendiri, meragut, membunuh dan bermacam-macam jenayah lagi, kesemua itu adalah fitnah kepada Islam.
Justeru, apabila umat Islam sendiri terlibat dengan fenomena fitnah, maka tidak mustahil Allah SWT menimpakan pelbagai bentuk malapetaka dan bala yang tidak terduga oleh akal manusia, kalau di zaman dahulu Allah timpakan bala seperti belalang, kutu, katak, darah yang menggerunkan pada ketika itu, pada hari ini Allah hukum dengan selsema burung, penyakit kuku, tangan, kaki dan mulut, Aids dan macam-macam lagi yang menyebabkan manusia takut dan pasrah terhadap hukuman-Nya.
Antara bala yang ditimpakan Allah ke atas umat Islam kini ialah kematian, sama ada yang disebabkan oleh kemalangan atau pembunuhan, laporan akhbar setiap hari menyebut mengenai kes-kes kematian, ini menandakan bahawa Allah sedang merancang sesuatu untuk menghukum kita yang alpa dengan habuan dunia yang menjauhkan diri kepada-Nya.
Sebenarnya ujian yang kita terima dan sedang berhadapan dengannya, adalah tidak lain untuk mengingatkan kepada asal kejadian kita, iaitu untuk beribadat kepada-Nya, apabila kita diuji dalam keadaan taat dan mati kerananya, maka kita sedang melakukan perkara yang soleh, tetapi sebaliknya apabila kita mati dalam keadaan maksiat dan menentang Allah, dikhuatiri kematian kita itu menjadi kutukan di sisi Allah SWT, justeru, marilah kita sama-sama menginsafi diri dan banyak melakukan muhasabah kepada Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)